Friday, July 31, 2009

SELAMAT HARI PAHLAWAN


Selamat Hari Pahlawan kepada semua pahlawan-pahlawan melayu yang menyumbangkan bakti kepada bangsa dan negara.Gambar-gambar di atas adalah orang-orang yang sepatutnya dianggap pahlawan baik dari segi jasa kepada negara atau kepada menaikkan nama Silat Sendeng.Terima Kasih Kepada mereka dan Al- Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

Tuesday, July 21, 2009

Sendeng seni silat rasmi Johor

LEDANG 13 Julai - Seni silat sendeng yang mula diasaskan 54 tahun lalu di Bukit Kangkar, di sini kini diangkat sebagai seni silat rasmi Johor dan ia akan dikembangkan sebagai identiti negeri ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha untuk memperluaskan seni silat berkenaan akan dijalankan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan ia akan meliputi pelbagai strategi termasuk memperkenalkannya di semua mukim di negeri ini.
Menurutnya, sasaran utamanya dalam pengembangan seni silat sendeng adalah kepada generasi muda negeri ini kerana pelbagai manfaatnya untuk pertahanan diri, kesihatan serta membina sahsiah dan peribadi mulia.
“Seni silat sendeng adalah kepunyaan rasmi orang Melayu Johor kerana diasas dan dilahirkan di negeri ini kira-kira 54 tahun lalu oleh anak jati Johor di Bukit Kangkar, dekat Sungai Mati yang terletak di daerah Ledang iaitu di kawasan saya sendiri.
“Oleh itu, adalah wajar kerajaan negeri mengangkat perguruan seni silat itu sebagai silat rasmi negeri Johor kerana silat itu dewasa dan mantap daripada segi sejarah, kurikulum pembelajaran, undang-undang pertubuhan serta garis panduan persilatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Silat Sendeng yang menghimpun seramai 1,000 pesilat berusia semuda lima tahun hingga 80 tahun dari seluruh negeri ini di Dataran Ledang kelmarin.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff dan Pengarah YWJ, Jama Johan.
Menteri Besar berharap seni silat sendeng akan dapat diangkat seperti tarian zapin yang begitu sinonim dengan identiti dan jati diri negeri Johor.
Beliau berkata, penubuhan Unit Pengembangan Seni Silat Sendeng oleh YWJ akan membantu merealisasikan matlamat itu di semua mukim di negeri ini agar memiliki kumpulan seni silat sendeng dalam tempoh tiga tahun ini.
“Semua Pegawai Daerah, Pengarah Pelajaran Johor dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan akan dianugerahkan sebagai ahli kehormat pertubuhan seni silat sendeng Johor, manakala jurulatih sepenuh masa dan sambilan akan ditugaskan di setiap mukim.
“Selain itu, satu festival seni silat sendeng akan dianjurkan dalam tempoh dua tahun seperti festival zapin dan ghazal yang sering diadakan,” katanya.
Pada majlis itu, Abdul Ghani turut melancarkan buku bertajuk ‘Seni Silat Sendeng Sejarah dan Kurikulum Pembelajaran’ yang ditulis Pegawai Sejarah YWJ, Kamdi Kamil.
Sumber: Utusan Malaysia, 14 Julai 2009

Sesi Latihan Gelanggang Sendeng Segamat

Sesi Latihan Bagi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Daerah Segamat

Hari : Setiap Jumaat malam Sabtu & Sabtu malam Ahad

Masa : 9.30 Mlm - 11.00 mlm

Lokasi : Gelanggang Silat Tahang Rimau Segamat

Monday, July 13, 2009


Pengisytiharan Seni Silat Sendeng Sebagai Silat Rasmi Negeri Johor

Pada 11 Juai 2009.Menteri Besar Johor YAB Dato Haji Abd Ghani Bin Othman telah melancarkan serta merasmikan buku Seni Silat Sendeng Sejarah Dan Kurikulum Pembelajaran nukilan Kamdi Kamil.Pelancaran telah dilakukan di Dataran Ledang Tangkak,Ledang Johor. Majlis telah dihadiri oleh Guru Utama Tn Hj Ismail Bin Hj Saidin,YDP Sendeng Johor En Ahmad Nazari Bin Hj Hamid,Jurulatih-jurulatih negeri,Pegawai-pegai kerajaan dan lebih dari seribu pesilat dari seluruh Johor untuk persembahan.